Feeds:
Posts
Comments

70 Dosa-dosa besar

Berikut disenaraikan 70 dosa2 besar yang perlu dijauhi tapi bukan untuk pandang keburukan orang lain. Kita periksa diri kita sendiri, ada tak perkara tersebut dalam diri kita. Sekiranya ada, kita perlu usaha sehingga kita dapat menjauhi perkara tersebut.
Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:

01 – Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 – Bersaksi palsu
03 – Berjudi
04 – Bersumpah palsu dan bohong
05 – Berbohong
06 – Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 – Perempuan pelacur
08 – Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 – Berdebat dan memusuhi
10 – Bersifat dayus
11 – Bercakap kasar dengan orang tua
12 – Dusta nama Allah dan rasulnya
13 – Derhaka pada suami
14 – Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 – Hakim derhaka
16 – Homosek (seagama/sejenis)
17 – Mengurangi timbangan
18 – Lari seorang hamba dari tuannya
19 – Lelaki menyerupai wanita
20 – Lari dari medan perang di jalan Allah
21 – Membunuh manusia
22 – Membunuh diri sendiri
23 – Mengamalkan sihir
24 – Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 – Meninggalkan sembahyang jumaat
26 – Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 – Memutuskan hubungan silaturrahim
28 – Melakukan zina
29 – Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 – Makan dari kekayaan haram
31 – Memberi dan menerima rasuah
32 – Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 – Makan riba
34 – Minum arak
35 – Mencuri
36 – Merompak
37 – Melakukan kezaliman
38 – Melakukan pengkhianatan
39 – Menyebut-nyebut pemberian
40 – Mengingkari janji
41 – Memfitnah
42 – Mengutuk orang islam
43 – Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 – Menipu harta rampasan
45 – Melampaui batas
46 – Menuduh zina terhadap orang baik
47 – Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 – Mempercayai nujum dan sihir
49 – Menjadi bapa sanggup
50 – Mencari kesalahan orang lain
51 – Menganggu orang lain
52 – Menganggu tetangga
53 – Menyakiti dan memaki orang islam
54 – Mengintip dan membuka rahsia orang
55 – Mencaci sahabat Nabi
56 – Mengurangi wasiat
57 – Mengingkari takdir
58 – Putus asa dari rahmat Allah
59 – Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 – Riak dan mempamerkan diri
61 – Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 – Sombong serta angkuh
63 – Sembelih untuk selain Allah
64 – Tidak mengeluarkan zakat
65 – Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 – Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 – Tidak istinjak selepas kencing
68 – Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 – Tipu daya
70 – Wanita menyerupai lelaki


p/s :Cuba periksa dalam 70 perkara tu ada tak yang biasa kita buat? kalau ada tandakan lepas tu cuba la usaha untuk tinggalkan perkara tersebut. Semoga Allah swt selamatkan kita semua dari azabnya…

Sumber rujukan: – http://www.familiazam.com

Luasnya Neraka

Assalam Mu’alaikum Wbrth!!! Sahabat semua…bacalah. …

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN. ….

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’
Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya…’

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’

Jawabnya: ‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’
Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’
Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’
Jawab Jibrail:

‘Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’

Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.’

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’

Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.’

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yg Lalai’)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua…..Wallahua’ lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Lelaki Dayus

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُبْنُ عُبَادَةَ :لَوْ رَأَيْتُرَجُلاً مَعَامْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُبِالسّيْفِ غَيْرُمُصْفِحٍ عَنْهُ،

فَبَلَغَ ذَلِكَرَسُولَ اللّهِصلى اللهعليه علىآله وسلمفَقَالَ : أَتَعْجَبُونَمِنْ غَيْرَةِسَعْدٍ ؟

فَوَ اللهلأَنَا أَغْيَرُمِنْهُ ،وَالله أَغْيَرُمِنّي ،مِنْ أَجْلِغَيْرَةِ اللهحَرّمَ الْفَوَاحِشَمَا

ظَهَرَ مِنْهَاوَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respon : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. ” ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat..

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ’spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasial, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8 ) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?.
Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya. Mungkin kita akan berkata dalam hati :- ” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”.Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتلدون أهلهفهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

IMG_2151

IMG_2049

IMG_2145

MasyaAllah smart-smart semua AJK Madrasatul Huda Taman Bukit Teratai ni. Gambar ni diambil pada Majlis sambutan hari raya tahun 2008.

Masa yang baik untuk berdoa

1 ) Ketika sujud

2 ) Ketika selesai Azan dan Iqomat

3 ) Ketika antara Azan dan Iqomat

4 ) Ketika waktu sepertiga akhir malam

5 ) Pada malam Jumaat dan hari Jumaat

6 ) Waktu Sahur dan waktu berbuka puasa

7 ) Pada dua malam Hari Raya ( e’idilfitri n’ e’idiladha )

8 ) Malam Lailatul Qadar

9 ) Malam Nishfu Sya’aban

10 ) Awal malam bulan Rejab

11 ) Ketika melihat Ka’abah

12 ) Ketika Hujan turun

13 ) Ketika berada dalam barisan perang fisabilillah

14 ) Selepas Solat lima waktu

15 ) Selepas membaca quran

16 ) Ketika Ayam berkokok.

17 ) Ketika minum air zam-zam

18 ) Ketika berhimpun dalam majlis zikir

Hikmah Diam

Manusia bercakap setiap masa. Bercakap yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bercakap tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t. Na’uzubillah.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada
orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat
pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

  1. “Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya” (Riwayat Abu Naim)
  2. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
  3. “Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)
  4. Selama mana seseorang hamba itu tidak menjaga lidahnya, dia tidak dapat mencapai hakikat iman ( Riwayat Thabrani )
  5. Selain dari mengingati Allah swt, janganlah banyak bercakap, kerana itu punca kerasnya hati dan di antara manusia yang paling jauh dari Allah swt ialah dia yang keras hatinya. ( Riwayat Tirmizi )

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK
SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN
ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA
TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu … kerna senyum itu adalah satu sedekah ..

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik…Ada sangkaan buruk…
Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu …
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu …
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu …
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ….
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu …
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

MANA KITA TAHU….TETAPI HANYA ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI….

Rabiatul Adawiyah

Rabi’atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara’ dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah. Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau?.

KISAH 1:

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi’atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut. Tiba-tiba Rabi’atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, “Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini.” Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi’tul Adawiyah. Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku. “Sila ambil sesuatu.” kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut. “Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini.” kata si pencuri berterus-terang. “Ambillah itu!” kata Rabi’atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi. “Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga.” Jawab si pencuri.
“Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu’ menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini.” Balas Rabi’tul Adawiyah.
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi’tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu’ menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini. Rabi’atul Adawiyah lantas berdoa, “Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu.”

KISAH 2 :

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabi’atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi’atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah. “Wahai Rabi’atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita.” Ketua rombongan itu memulakan bicara. “Buktinya?” Balas Rabi’atul Adawiyah.
“Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki. Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki.” Jawab mereka pula dengan yakin. “Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : “Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?” Dengan tenang, Rabi’atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud. Kemudian Rabi’atul Adawiyah menambah lagi, “Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki.”

KISAH 3 :

Suatu hari, Rabi’atul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi’atul Adawiyah bertanya, “Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?” “Kepalaku sakit.” Jawab orang itu dengan ringkas.
“Sudah berapa lama?” Tanya Rabi’atul Adawiyah lagi. “Sudah sekian hari.” Jawabnya dengan tenang. Lantas Rabi’atul Adawiyah bertanya lagi,”Berapa usiamu sekarang?”
Orang itu menjawab,”Sudah 30 tahun” “Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?” Tanya beliau lagi. “Alhamdulillah, sihat-sihat saja.” Jawabnya. “Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat selama ini?” Tanya Rabi’atul Adawiyah.
“Tidak.” Jawab orang itu ragu-ragu. “Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah.” Jelas Rabi’atul Adawiyah. “Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?” Sambung Rabi’atul Adawiyah lagi. Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi’atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.

Hikayat Barshisha

Barshisha  telah beribadat kepada Allah swt sehingga Malaikat berasa takjub dengan ibadatnya. Menurut cerita dia mempunyai 60 orang murid yang boleh berjalan diudara dengan berkatnya. Allah swt telah berfirman kepada Malaikat ” Kenapa kamu berasa takjub dengan ibadatnya, sedangkan Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya. Pada ilmuKu ia menjadi kafir dan akan masuk neraka selama-lamanya.

Pada ketika itu Iblis mendengar dan tahu bahawa Barshisha telah binasa di tangannya. Iblis telah datang ke temmpat Barshisha beribadat dengan menyamar sebagai seorang Abid ( ahli ibadah )  dan memanggillnya. Barshisa : “Siapa engkau ? Dan apa tujuanmu datang kesini ?” Iblis berkata : ” Aku seorang Abid yang datang untuk menolongmu beribadat kepada Allah swt. Aku berbuat ibadat selama 3 hari berturut-turut tanpa tidur, tanpa makan dan minum.”  Barshisha berasa pelik dan berkata : ” Aku beribadat selama dua ratus dua puluh tahun tanpa berdaya untuk meninggalkan tidur, makan dan minum. Apakah caranya supaya aku dapat bebuat seperti engkau?” Lalu iblis menjawab:” lakukanlah maksiat kepada Allah swt kemudian engkau bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun sehinggalah engkau menikmati kemanisan melakukan ketaatan .” Barshisha bertanya :” Apakah maksiat yang engkau cadangkan supaya aku lakukan ?’ Iblis menjawab :” Berzina atau membunuh orang.” Barshisha berkata  :” Aku tidak sanggup melakukannya.” iblis berkata : ” Engkau minum arak supaya lebih mudah untuk melakukannya.

Pada ketika itu Barshisha ternampak seorang wanita cantik sedang menjual arak lantas terus membelinya. DIa terus meminum arak tadi sehingga mabuk dan melakukan zina dengan wanita itu dan kemudian membunuhnya. Suami wanita itu datang untuk membunuhnya, tetapi Iblis menjelma dalam bentuk manusia dan membawa Barshisha meghadap sultan yang kemudiannya menjatuhkan hukuman sebat 80 kali kerana meminum arak, 100 kalli sebat kerana berzina dan dihukum sula di atas kayu kerana membunuh. Datanglah Iblis kepada Barshisha menanyakan tentang nasib malangnya. Barshisha menjawab ” inilah akibat yang menimpa mengikut teman yang jahat.” iblis telah berkata kepada Barshisha ” Aku telah membelamu selama 220 tahun hingga engkau akhirnya disula , dan sekiranya aku mahu aku boleh membebaskan engkau.” Barshisha menjawab : “ Ya, aku mahu dibebaskan dan aku akan beri apa yang engkau mahukan.” Iblis berkata :” Engkau sujud kepadaku. Barshisha menjawab :” Bagaimana aku hendak sujud sedangkan aku disula di palang kayu ?” Iblis berkata : ” Sujud dengan memberi isyarat. Maka barshisha pun sujud dengan isyarat kepalanya. Dengan itu Barshisha pun telah menjadi kafir. Wal’iyadzubillah……setelah menajdi kafir Iblis berkata kepadanya ” Sekarang aku berlepas tangan darimu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah swt Rabbul ‘Alamin.

Sebab-sebab kematian yang buruk.

Diriwayatkan bahawa sesetengah ulama’ mengatakan bahawa  4 sebab kematian yang buruk :

  1. Mempermudah dan meringan-ringankan solat.
  2. Minum arak
  3. Menderhaka kepada kedua ibu bapa.
  4. Menyakiti orang muslim.

Kesimpulan

Walau sebanyak mana amalan yang kita lakukan, kita tidak akan terlepas dari gangguan dan godaan syaitan. Syaitan berusaha 24jam untuk menyesatkan manusia dengan berbagai-bagai bentuk dan cara. Jadi kita kena sentiasa buat usaha atas iman supaya Allah swt pelihara kita..

Hadith Nabi saw ” Barangsiapa yang akhir kalamnya dapat mengucapkan kalimah la ilaha illallah maka wajib syurga baginya..sama-samalah kita usaha..Insyallah..

Kisah Ibrahim Adham rah.a

Hanya Kerana sebutir kurma

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli   1kg kurma dari pedagang tua di dekat Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya. “Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,”kata malaikat yang satu.”Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram,” jawab malaikat yang satu lagi. Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. “Astaghfirullahal adzhim” Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Begitu sampai di Mekkah ia langsung pergi ke tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. “4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?” tanya Ibrahim.”Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma” jawab anak muda itu. “Innalillahi wa innailaihi roji’un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?”. Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.”Nah, begitulah” kata ibrahim setelah bercerita, “Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?”.”Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.” “Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu.”Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. “Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain.” “O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.
Sekarang ia sudah bebas.”

Pada hadits yang lain S.A.W. bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).